Ketika seorang dewasa muda yang sebelumnya sihat tiba-tiba semakin menunjukkan perilaku aneh selama tempoh masa yang agak singkat, mungkin hanya dalam beberapa minggu, mereka boleh dikategorikan sebagai menderita penyakit skizofrenia akut.
Skizofrenia akut boleh terjadi dalam bentuk halusinasi, gangguan fikiran atau keyakinan tidak waras seperti fikiran tidak koheren atau tidak logik dari setiap peringkat keparahan. Orang dengan skizofrenia akut akan mengalami gangguan mood seperti kebimbangan, depresi euforia, atau lekas marah.
Dalam hal lain, pesakit skizofrenia akut akan terlibat dalam tindakbalas emosi yang tidak sesuai. Contohnya, mereka mungkin akan ketawa untuk berita sedih atau mereka akan tampil tidak prihatin terhadap sesuatu majlis penting.
Berikut adalah gejala-gejala lazim bagi pesakit skizofrenia akut:
- Selalu merasa curiga.
- Kurangnya daya penglihatan.
- Mengalami gangguan halusinasi seperti muzik, bunyi-bunyian dan juga suara-suara.
- Lebih mengikut fikiran.
- Mengalami delusi penganiayaan.
- Mempunyai mood yang rata.
Namun, anda harus ingat bahawa tidak semua gejala di atas dialamai oleh semua pesakit skizofrenia akut. |